Masjid Quba'

Lawatan ke Masjid Quba ni tak ingat hari ke berapa.  Tapi rasanya last day di Madinah kut.  Alhamdulillah walaupun ramai betul orang, tapi kami manage to solat sunat tahiyatul masjid dan dhuha di sini.  Mengikut sejarah dan pembacaaan dari Wikipedia, Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam.  Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah berhijrah dari Makkah.  Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah . Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..  Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.  Nama Quba ini diambil sempena nama telaga yang terletak bersebelahan masjid ini.

Mengikut sejarah dan penceritaan daripada mutawif kumpulan kami, telaga ini asalnya dimiliki oleh seorang Yahudi. Sebelum itu, telaga ini digunakan oleh org2 Islam untuk mengambil air sembahyang.  Kerana dengkinya Yahudi ni, dia tak benarkan orag2 Islam ni ambik air semayang di sini.  Akhirnya, telaga ini dibeli oleh Saidina Ali daripada Yahudi tu dengan harga 30k dinar.


Inilah telaganya....


Panas betul masa ni..



Semasa hayatnya, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.  Telah diceritakan bahawa Nabi menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. (Bukhari: Jumaat: 1117, 18, 1119. Muslim: Haji: 2478, 2483)

Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. 
 
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Quba
 
Wallahua'lam

0 comments: