Berhijrah akhirnya....

** sumber : Google Image




Setelah hampir 10 tahun bekerja di organisasi yang sama..setelah melalui pelbagai pengalaman pahit manis termasuk bertukar lokasi pejabat,akhirnya doa saya untuk melangkah keluar dari organisasi itu terjawab.  Syukur alhamdulillah.  Allah Maha Besar. Tetapi perasaan sedih itu tetap ada. Maklumlah dah lama di sini dan dh rapat dengan orang2 di sini.  Namun hidup perlu diteruskan.  Mereka pun telah mendapat pengganti saya.  Risau juga sekiranya dibandingkan dengan orang baru nanti :) tapi tak apa lah, saya pun bukannya hebat sangat sampai tak ada org boleh buat kerja saya.  Pasti pengganti saya itu lebih hebat dan lebih bagus.  Siapa tahu, mungkin akan menjadi kesayangan bos ;)


Semoga darah bos saya tidak akan naik lepas ni dengan ketiadaan saya :)  Saya berharap staf2 saya akan ok dgn bos baru sebagaimana mereka ok dengan saya.  Lepas ni akan sibuk dengan menyelesaikan kerja2 sebelum handover dan kemas barang2 di ofis. Selamat tinggal semuanya. Semoga penghijrahan ini membawa kebaikan kepada saya.

7 Tahun (18/12/2004-18/12/2011)


Alhamdulillah.  Genap 7 tahun usia perkahwinan.  Semoga rumahtangga ini diberkati dan dilindungi Allah hendaknya dan saya berdoa supaya jodoh kami berkekalan hingga ke hujung nyawa. 

Hadiah ulangtahun dah dapat.  Terima kasih pada suami dgn hadiah yang amat tak disangka :) Tapi tekaan pertama tepat.. Tunggu turn nak hadiah apa pulak kat suami.