Ramadhan Al Mubarak

Sumber : Google Image

Ramadhan tiba lagi.  Tahun ni juga saya tak dapat berpuasa on first day sebab uzur. Hmm sedihnya..Apa azam untuk puasa tahun2 ni?Macam biasa saya akan join tadarus di ofis dan harap2nya jugak dapat buat terawih di masjid. 

Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : “Amin..Amin. .Amin..”.
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : “Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin tiga kali, apakah sebabnya?” “Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan ke dalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” . Kemudian aku mengaminkannya. “Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin” “Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”.   (H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)

Sumber : www.facebook.com/notes/tazkirah/doa-maialkat-jibril-menjelang-ramadhan/10150270810047847

Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)

Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi saw bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Sumber : www.facebook.com/notes/tazkirah/kelebihan-puasa/10150270811232847

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.  Teruskan melipatgandakan amalan kita di bulan mulia ini.

Wallahua'lam


Semangat Yang Hilang

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk menghirup udara Jumaat yang penuh barakah ini. Hari ini berada di ofis setelah 3 hari berkursus Pengurusan ICT dan semalam exam.

Ofis akan berpindah ke Putrajaya lepas raya ni. Ramai betul yang minta tukar dengan alasan jauh dari rumah. Termasuklah staf2 saya. Lagipun suasana kerja di sini kurang best kerana ketua yang autokratik. Suasana amat stress kerana anak buah x puas hati kat bos dan sebaliknya. Saya? Masih di sini lagi. Surat tukar dah deraf cuma tak ada alasan kukuh utk bertukar. Secara jujurnya, nak bertukar ke agensi pusat pula mcm INTAN ke. Nak jadi pengajar pulak. Ataupun balik ke negeri.

Macamana nak mengembalikan semangat ni? Hmm kena shopping ni baru dtg semangat ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Test from bbery

Test 123
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Marah

picture taken from Google Image

Selalunya, kalau lepas keluar dari bilik bos, PA dia mesti tanya..kena marah ke? hah takde soalan lain nak tanya pulak minah ni.. :) saya dah biasa kena marah sampai tahap maki hamun ni. Alah bisa tegal biasa.  Tahap imun tinggi. Telinga tebal punya.

Biasanya, lepas kena marah, saya akan berfikir sejenak. kalau la saya di tempat bos, perlu ke saya marah begitu? sebab saya tak penah marah staff saya walaupun kadang2 kesilapan mereka membuatkan saya dimarah. Ada kalanya hilang sabar juga tapi saya fikir kita ni semua manusia. Tak sempurna. Tapi bos besar tak mau terima alasan tu. Salah sikit je, satu ofis terbakar dengan amarahnya.

Selalunya bila berhadapan dengan orang yang marah, bagaimana kita bereaksi?Bagaimana pula kalau kita sendiri yang sedang marah.  Hmm saya baru perasan MARAH kalau dieja terbalik jadi HARAM..hehe..ok berbalik kepada isu di atas, bagaimana berhadapan dgn org yang sedang marah? berdasarkan pengalaman saya, jgn menjawab..walaupun kita tahu bukan salah kita, biarkan dia hamburkan kemarahan dia dulu. lepas tu cepat2 keluar dari bilik dia :) dlam situasi ini bilik bos. Entahlah saya ini jenis yang menyimpan jugak dan makan dalam..cepat terasa tapi berhadapan dgn bos yang suka marah ini saya belajar pekakkan telinga tapi saya pastikan dia takkan marah ke atas perkara yang sama lagi.

Bagaimana pula kalau kita sedang marah? Dah lama rasanya tak marah orang ni.  Dulu2 masa jaman muda2 dulu, suka la marah org tapi marah budak2 kecik je la..nak marah org besar rasanya tak berani..heheh. Saya tak suka bila saya marah sebab kadang2 saya akan mengeluarkan perkataan yang mengguriskan hati org yang dimarah dan lepas itu sya akan menyesal.  Betul la kan kalau kita tengah marah, kalau sedang berdiri, duduk. kalau tak hilang juga marah tu, baring. kalau tak, amik air semayang dan semayang sunat. sampai ke situ sekali kewajipan menjaga nafsu amarah ni.

Bagaimana kalau 2 ornag tengah marah memarahi, dan kita berada di sistu sebagai pemerhati tanpa rela :) ahah..berdiam diri jugak dan dgr butiran pergaduhan sbb lepas tu bole gosip..not good :) jgn sesekali berkata apa2 sebab org tgh marah ni, kalau kita tak sokong dia terutamanya, dia akan hot n spicy..diam jugak dan tgu turn utk beredar dari situ..dlm situasi ini bilik bos :) bila bos bagi kebenaran, cepat2 lah keluar.

Tips ni saya je yg gunapakai sebab rasanya bersesuaian dengan saya. Lain orang lain caranya menangani situasi marah ni.

Wallahua'lam.

Masjid Quba'

Lawatan ke Masjid Quba ni tak ingat hari ke berapa.  Tapi rasanya last day di Madinah kut.  Alhamdulillah walaupun ramai betul orang, tapi kami manage to solat sunat tahiyatul masjid dan dhuha di sini.  Mengikut sejarah dan pembacaaan dari Wikipedia, Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam.  Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah berhijrah dari Makkah.  Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah . Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..  Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.  Nama Quba ini diambil sempena nama telaga yang terletak bersebelahan masjid ini.

Mengikut sejarah dan penceritaan daripada mutawif kumpulan kami, telaga ini asalnya dimiliki oleh seorang Yahudi. Sebelum itu, telaga ini digunakan oleh org2 Islam untuk mengambil air sembahyang.  Kerana dengkinya Yahudi ni, dia tak benarkan orag2 Islam ni ambik air semayang di sini.  Akhirnya, telaga ini dibeli oleh Saidina Ali daripada Yahudi tu dengan harga 30k dinar.


Inilah telaganya....


Panas betul masa ni..



Semasa hayatnya, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.  Telah diceritakan bahawa Nabi menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. (Bukhari: Jumaat: 1117, 18, 1119. Muslim: Haji: 2478, 2483)

Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. 
 
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Quba
 
Wallahua'lam

Temuduga

Saya tak suka temuduga..seriously sebab rasa macam tak pandai nak goreng jawapan. Sebab tu saya elakkan menghadiri temuduga.  Tapi hari ni memang tak boleh elak sebab saya betul2 nak dapat peluang ini.  Hari ni pukul 8 dah terpacak kat PICC ada temuduga Hadiah Latihan Persekutuan.  Bilik saya tu tak ramai ada la dalam 5 org dan saya org terakhir.  Lama la jugak 1/2 jam per person memang segala peluh jantan betina keluar.  Seriously saya tak suka temuduga..memang banyak betul soalan menduga akal dan kewarasan kita. boleh hilang sabar sebab panel ni suka sangat provokasi. Untunglah panel saya tidak terlalu pakar dengan bidang yang saya pilih.


Usaha sudah, saya bertawakal je lah. Tetapi jauh di sudut hati, saya betul2 inginkan peluang ini.  Bukan sebab saya nak berehat daripada bekerja tetapi saya perlu upgrade diri saya dan mencabar kemampuan saya dalam bidang ini.