First entry in 2011
Tadi, baru jumpa kakak saya dan anak2nya di OTWC..makan2..sampai pkl 12am baru balik rumah..Esok mcm biasa meeting di setapak jaya..suami saya dah sedia maklum ;) nasib baik esok dia keja.
Ni entry warm up dulu utk tahun 2011..nanti2 ada story lagi.
6 years (18/12/2004-18/12/2010)
Berjaya melepasi fasa 5 tahun pertama walaupun masih ada kekurangan here and there, tapi saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah swt kepada rumahtangga saya. Mungkin tak sesempurna orang lain, tapi saya terima seadanya.
Kakak saya tanya dapat hadiah kereta ke?tak la..suami saya hanya beli sandal sahaja kat saya. Itu pun setelah saya tanya dia berbaloi tak harga sepasang sandal RM8*.00? Dia tanya saya suka ke?saya pun memberi hujah2 bernas kenapa saya suka sandal itu. Dia pun akhirnya kata "oklah, dah suka ambik la. I bayar....Ni kira hadiah anniversary". Wah..menyesal pulak saya p ambik sandal.Kenapa la saya tak ambik handbag sahaja.
Saya juga berterima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak membantu di awal2 tahun perkahwinan saya sehingga 6 tahun usia perkahwinan ini terutama emak saya dan sisters saya. Tanpa mereka, tak mungkin saya dapat mengharungi dugaan dan cabaran 6 tahun berumahtangga ini.
Sharone Is Out!!!!
Tapi memang agak la Whitney akan jadi juara Master Chef US. Saya tak suka David Miller dan Lee sebab dua2 mamat tu perasan bagus. Shetal tu pulak ikut nasib le..kadang2 masak sedap, kadang2 tak sedap..
Whitney tu yang bagusnya dia teliti. Memang layak la jadi juara Master Chef US. Yang bestnya kalau lawan dia kat final ialah Sharone. Tapi lawan dgn si David tu pulak..merasa la kau David oi. Perasan bagus sangat.
Mood : Waiting to go somewhere tomorrow...biarkan kakak saya berteka teki apa agenda saya esok ;-) sampai ke sudah takkan dapat jawapan..heheh
Hari Ini....
Alfatihah.
Nota : Speechless
Laksa Lemak
| ** picture taken from Google image |
Hari ni macam biasa meeting AJK.. ;) Mak saya masak laksa lemak..Memang terbaekkk..gambar tu bukan laksa yang mak saya masak tapi rupa lebih kurang le..Memang semangat betul mak saya. Siap pesan saya bawak rempah kari dengan salad..Kesian la pulak kan kalau saya tak datang. Saya usaha jugak dtg setiap hari Sabtu sebab saya tahu mak saya akan happy kalau kami adik beradik berkumpul walaupun tak semua yang ada, 3 orang dah cukup memeriahkan suasana ;). Adik beradik saya kata mak saya lebih sayang kat saya berbanding yang lain wpun saya bukan anak bongsu. Walaupun apa gelaran untuk saya, baby girl ke ;) saya tak kisah. Kasih sayang saya pada emak saya tetap tidak berbelah bahagi. Tiada wang ringgit yang dapat membeli atau membayar kasih sayang emak saya. Saya berdoa setiap hari Allah panjangkan umur saya supaya saya dapat berbakti kepada emak saya sepanjang kehidupannya. Dan semoga suami saya memahami dan sentiasa mengizinkan saya untuk melawat emak saya. Eh, entry dah lari dari tajuk le. Minggu depan rasanya AJK tak bersidang sebab mak saya akan balik kampung. Saya pula akan ke PD ada team building. Nota : Menyesal la tak bawak balik laksa lemak sikit. Tadi tengok macam nak habis. |
Lunch di Hotel Pullman
![]() |
| ***picture taken from http://www.thestar.com.my/ |
Alhamdulillah, hari ni langkah kanan. Member belanja makan di Hotel Pullman Putrajaya. Murah rezeki kawan saya ;) .
![]() |
| **picture taken from http://www.eats.my/ |
Saya bgtau kawan saya yang Datuk SM buat nikah reception di hotel ni. Dia boleh tanya saya, "dah kawin ke Datuk SM ni?I tak tahu pulak". Le, dah ada live kat TV lagi, dia boleh tak tahu..hmm..tak kepochi langsung kawan saya ni.
Pukul 4 baru balik ofis. Ye lah bos cuti raya. Masa ni lah ambil kesempatan untuk keluar sekejap. Nanti balik lambat sikit lah sebab nak cover 2 jam yang saya guna di Hotel Pullman tadi.
Mood : Berbelah bahagi nak cuti ke tak esok?
Setahun sudah....
Saya ni sebenarnya penakut. Darah gemuruh. Dah lama sgt jadi co pilot, saya rasa tiba masanya saya jd driver. Kakak2 saya siap paksa saya suruh bwk kereta. Tapi tu lah masa tu saya rasa takut sgt nak cuba tapi saya pun terpk sampai bila saya nak mcm ni. Saya kena buat jugak sebab saya rasa ini peluang saya. dan sebab saya rasa saya boleh.
Saya ingat masa mula2 belajar bawak kereta way back in 2003, saya langgar tiang BERHENTI kat depan rumah. Adik saya kata dia fobia nak bawak kereta sbb peristiwa tu..heheh..
First day bwk kereta ke ofis, saya rasa takut sgt tapi saya ketepikan rasa takut saya.Suami saya pesan bawak ikut speed, jgn masuk lorong org dan bagi signal kalo nak tukar lane. Saya cuma dpt latihan teori je, praktikal sekali je suami saya ajar. Tu pun garangnya mengalahkan singa. Saya juga belajar drpd memerhati cara suami saya bawak dan saya juga byk bertanya dia.
After a year, mmg byk achievement la. saya bole bawak kereta ke rumah adik saya setiap hari sabtu. kalau nak pegi kursus ke mesyuarat ke, saya bawak kereta je. takde dah pening2 nak booking kereta ofis atau nak mintak suami saya hantar. sesat tu jgn cakap le..memang buta jalan saya ni.tapi alhamdulillah saya manage to sampai on time.
Sebenarnya, kesungguhan utk melakukan sesuatu itu amat penting. kalau tiada kesungguhan, semua yg kita plan tidak akan menjadi. Dan sentiasa yakin dengan diri kita.
Sesal Dahulu Pendapatan....
Tadi, masa suami saya tengah rilek2 sebab penat main bola, saya bertanya suami saya, apa perkara yang paling disesalkan dalam hidup dia...dia jawab..tiada..nasib baik..saya ingat dia nak jawab sesalan dia ialah berkahwin dengan saya.. ;)
Kalau tanya saya...sebenarnya dan sejujurnya memang ada perkara yang saya sesalkan..
Masa saya kemas2 folder lama saya yang ada sijil2 dan surat tawaran, saya terjumpa surat tawaran KPLI, Interview Pensyarah Politeknik dan interview cikgu MRSM. Saya teringat saya cuma pi ambik test KPLI tapi interview dia saya tak pi.Macam tu jugak interview politeknik dengan MRSM..kalau la masa tu arwah bapak saya paksa saya jugak..mungkin la saya dah pi.Saya ingat bapak saya call tanya pasai interview politeknik..saya tau dia insist nak saya pi..tapi apa nak buat masa tu bebal punya pasai..semua tu saya tolak.
Kesian bapak saya..saya tau dia nak sangat salah seorg anak dia jadi cikgu..tapi masa tu saya seronok duk di KL..saya tak sanggup sacrifice life saya dengan pegi belajar jauh2 dan bila jadi cikgu kita tak tau ceruk rantau mana kita kena mengajar..
Itu sesalan terbesar saya..sekarang ini persoalan yang bermain di kepala saya ialah kenapa?kenapa saya sanggup korbankan peluang ini ?salah siapa?salah saya jugak kan?saya percaya kalau saya pergi interview2 ni, mungkin akan sangkut jugak salah satu.Dengan status kerjaya saya sekarang, saya teringin nak tukar ke profesion perguruan.saya dah boring buat pengurusan.
Betullah pepatah orang tua2, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..hmm dah terkena ke batang hidung saya.kalau dulu saya sayang nak tinggalkan KL, sekarang ni tak sabar2 nak keluar dr KL.saya berharap pertukaran saya diluluskan.tahun depan saya nak apply sambung belajar supaya dengan kelulusan saya tu, saya boleh apply utk mengajar.
Saya pernah dengar ceramah motivasi, apa yang terjadi dalam hidup kita adalah pilihan kita.saya pilih untuk tidak pergi interview dan lihatlah diri saya sekarang penuh dengan sesalan...
Walaupun hidup saya penuh dengan sesalan, namun saya bersyukur dengan apa yang telah saya kecapi selama ini..tetapi saya rasa terkilan saya membuat pilihan tanpa menimbang baik buruk pilihan saya..saya terlalu ambik mudah semua peluang yang datang dalam hidup saya..kalau lah masa boleh diputar semula..sigh..
Mood : Boring..Tak bole jumpa partner in crime :( Suami saya memang kejammmmm ;) I luv u babe..peaceeeee
Buah Melaka dan Kenangan Posa
Sampai rumah dah pukul 4. Hmm apa la nak masak ni. last2 masak asam pedas, sayur kangkung and sambal ikan keli. tiba2 suami kata nak makan buah melaka. No hal. Orang sini makan buah melaka kaler hijau. nasib baik ada pencelup hijau. Masa duk buat buah melaka ni, teringat masa bulan pose zaman kecik2 dulu. Mak saya rajin masak buah melaka sebab arwah ayah suka makan. tapi buah melaka kat belah utara kaler putih. suci gitu. sebab tu mcm culture shock sikit bila tengok buah melaka kaler hijau.
Saya masih ingat masa makan buah melaka, ada yang gula terpancut keluaq. Teqingat jugak satu teka teki masa kecik2 dulu. Buah apa bila masak, dia akan timbui. macam2 la jawapan. rupanya jawapannya buah melaka. Hmm betui la jugak sebab bila dia timbui dalam ayaq mendidih, maksudnya dia masak la. dah buleh angkat.
Kalau la ada time machine, saya nak request balik ke zaman posa masa saya sekolah menengah. masa tu baru pandai bawak basikal. mak suquh pi kedai pun ok saja sebab naik basikal. Saya akan make sure saya angkut adik saya sekali. sebab saya bole suquh dia beli baqang, saya tunggu kat basikal ja. Saya ingat balik sekolah ja, saya duk kat tingkap kat dapoq duk tunggu mak saya masak. kalau boring, saya pi tengok tv. masa tu ceqita Rumah Kedai kut. pastu petang dalam pukui 6, mak saya suquh hantaq kuih kat qumah jiran. balik rumah, mandi pahtu tunggu bukak posa. Hmm..Those were the days.
Saturday
I : D, u ada football training petang ni after work?
He : Ada. Why?
I : Just asking.
He: Hari ni duk rumah. Don't go anywhere.
I: Ala, pleaseee..U know kan every saturday is my therapy day kat setapak jaya
He: Must u go? Tak jumpa tak bole ke?
I: u know after going through 5 worrking stressfull days, I need some off me time..u pun ada off time jugak kan...meeting friends, play football, don't you feel released?
He: Ok, u make your point. Make sure balik awal sikit.
I: Yahuuuuuu....
Walaupun takdak la aktiviti menarik kat my sis house, at least I can meet my sisters, merapu je banyak, dengar citer og tu, dgr citer org ni, betul2 released. Precious moments.
Selalunya lepak kat OTWC tapi since my sister in her confinement period, so tak cukup korum. tak pegi pun tapi keluar jugak le cari CD. Kedai CD sebelah OTWC je...yg syoknya my niece tarik tgn mak dia nak pegi OTWC..heheh..kids..dia dah biasa dgn rutin dia la...takpe dik..tunggu maksu habis pantang..lepas tu kita sambung balik aktiviti kita ye..hehe..
Balik rumah je, husband dah sampai..dapat la ayat keramat dia.."Ingatkan tak jumpa jalan balik rumah"...I senyum je..dalam hati : "Ade aku kisah?" heheh..
Twin's birth, Chiang Mai Trip and Husband's Birthday
I just arrived home from 4 days Chiang Mai trip today. The trip was ok lah but not as syok as china trip. So far china trip is the best trip of all overseas trip I've been to. The weather is as hot as Malaysia. Not much shooping done as the trip mostly to visit historical place. The best activity i must say is watching elephant's show. Syiokk. Those elephants can play soccer and also can paint pictures. The paintings turned out nice. They sold the paintings for 12000 baht paling mahal. My husband took some pictures with them..Ada sekor gajah tu suka2 je nak ambik gambar dgn I tapi i lari..I geli tengok belalai dia..
Yang lain2 tu biasa2 je aktiviti dia..pegi golden triangle, pegi kuil buddha dia, shopping night market..but can enjoy la plus the tourist guide pun funny and kind. Cuma tak tahannya journey from Chiang Mai to Chiang Rai took us almost 4 hours by bus..and the next day patah balik ke Chiang Mai pulak..mcm nak patah pinggang ja. Ada la stop 2,3 tempat.
Today also is my hubby's birthday. Wishing him a happy 38th birthday. Moga panjang umur dan murah rezeki. I bole tumpang senang.
Can't wait for Saturday to come as I want to visit my twin nephews. Tadi mak I kata abang sulungnya amat la jeles dgn adik2. Sampai demam le bila adik2 balik rumah from hospital. Tak sabar ni nak usik that 3 year old attention seeker boy. and also to distribute chiang mai's ole-ole...oh..cepatlah sabtu.
More chiang mai trip on next entry..tapi ada ke org nak baca..hehe
Enjoy some pics of baby, few pict from chiang mai trip and birthday boy (boy ke ;) )
Rumahku Terang Benderang
Pemandangan dari atas titi (selepas the demolishment). True enuf, I miss the moment kat kampung..walaupun cuacanya panas ya amat, I found peace and calm there. I miss the moments with my sister(s) p kedai tok bedah beli ais kepai, lepak kat depan tangga hijau tok wan, bawah pokok cermai, lepak atas kok sambil tunggu abang2 lori/motor hon (walaupun bukan hon kat aku sebab aku dulu2 mana la cun), those were the days will always remain forever in my heart.
I don't know lama mana lagi rumah ni akan bertahan. Nobody knows.
Sign off. Current mood : sedih sebab tetiba teringat arwah ayah.
None
Bos dh warning suruh buat keja jugak wpun cuti. Hmm apa la malang nasib. Nak cuti pun susah. Minggu ni miss meeting my sisters sbb nk balik kampung.Next week still ada sisters2 ku sekalian. Will continue our meet up until you all boring dgn I. Mak will stay with me for few weeks after balik kg. So girls, any plan to sleep at my place?
I've been reading 'bila Allah menduga kita'. Nice to read and I plan to write about it in my next post.
Till then, wishing all selamat hari buruh.
I Wish....
Being a government servant, we were always bound by statement keramat 'Saya Yang Menurut Perintah'. So, if you were asked by your boss to stay back until late night, work on saturdays and sundays, u have no choice but to come over and do the work mcm org gila.
I wish for easier and simpler life. I wish I am a housewife ;-) . Whatever it is, whatever happen in our life has been destined. And only Allah knows what is best for u. So be careful of what you wish for. Be thankful for what u have.
Sign off.
Mood : letih and rasa nak telan laki aku sebab nagging tak habis2 pasai aku tido waktu senja.
Why I Love Saturdays
with 2 small business partnersBeside that jimba2 thingy, I love saturdays because i can wake up early in the morning without worrying what baju to wear to work..i won't feel envy to the husband for snoring and tarik selimut peluk bantal kiri kanan..cause i can also do that on saturdays..hehe
oohh..indahnya saturday..
Ayah In Memory (20th January 2004)
5 years(18/12/04-18/12/09)

Happy anniversary, my love:
After all these years, my lover still!
Perhaps we've come this far by force of will;
Perhaps by what sweet winds within us move.
Years alone do not decisive prove,
As time's a box that holds both good and ill;
Nor can one long be loving without skill;
Nor long be cool below and warm above.
In you I've found a shoreline for my sea
Vast enough to hold me in its arms,
Embracing both the turbulence and deep,
Reconciling me to limitation.
So may you find a wilderness in me,
A place of windswept waves and rippled calms,
Restoring you to realms you cannot reap,
Yielding neither home nor destination
To my husband : Happy 5th wedding anniversary
Lazy Saturday
So for today, I'm not going to write any story yet. Let the idea flows later. Warm-up first. Salam.





