Semenjak 2 menjak ni kecoh pasal putus tunang Khairul Fahmi ni. Macam2 spekulasi dibuat antaranya orang ketiga. Mungkin juga komen agak kasar yg ditulis oleh tunangnya di FB pun menjadi punca. Apa2pun berbalik kepada pegangan kita bahawa jodoh, ajal dan maut di tangan Allah Yang Maha Esa.
Begitulah yang terjadi apabila hati sudah tidak sayang. Akhirnya minta putus sahaja. Si lelaki yang menjadi pujaan hati dan kesayangan akhirnya memutuskan ikatan kasih saynag yang dibina begitu sahaja. Bgmana agaknya perasaan si perempuan apabila berita putus tunangnya tersebar seluruh Malaysia. Kesian pada keluarganya yang telah berhabisan duit membuat majlis tunang bak majlis kahwin gahnya.
Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja bahawa meletakkan cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Allah akan akhirnya menemui kekecewaan.
Wallahua'lam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment