Umrah Journey Part 2

Wah..ada sambungan lagi journey saya ni...Oklah saya sambung semula program hari kedua pulak..Sampai di hotel Safir Al Saha, azan subuh bergema..Jarak hotel dengan Masjid Nabawi lebih kurang 5 minutes walking distance. Problemnya hotel ni, lif tak banyak dan agak perlahan. Kami bertiga cadangnya nak naik simpan barang dulu lepas tu baru ke masjid, tapi memandangkan masa menunggu lif menjangkau 10 minit, niat tu dibatalkan. Lagipun badan rasa melekit, seharian travel.  Kami solat di bilik sahaja.


Masuk2 je bilik, terkejut le jugak sebab bilik tu ngam2 je utk 3 org namun begitu ada la ruang untuk sembahyang.  Lepas sembahyang, kami turun breakfast di cafe.  Makanannya ok la, memang menu Malaysia.

bergambar di depan hotel sebelum ke masjid

Program hari ini, mutawif akan bawa rombongan kami yang seramai 40 orang ni ke Masjid Nabawi.  Jemaah lelaki dibawa menziarahi Makam Rasulullah S.A.W, Makam Abu Bakar Al Siddiq, Makam Umar Al Khattab , Raudhah dan perkuburan Baqi’. Manakala jewaah wanita dibawa melawat sebelah malam. Masa ni takde gambar sebab tak bole bawa kamera.

Selepas tu, kami berpecah. Jemaah wanita ada yang balik ke bilik tapi saya ajak mak saya melawat kawasan masjid.  MasyaAllah besarnya masjid ni. Mengikut sejarah dan pembacaan saya dalam laman web Wikipedia, Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang dibangun oleh Rasulullah saw., setelah Masjid Quba yang didirikan dalam perjalanan hijrah baginda dari Mekkah ke Madinah. Masjid Nabawi dibangun sejak saat-saat pertama Rasulullah saw. tiba di Madinah, di tempat unta tunggangan Nabi saw. menghentikan perjalanannya.

Awalnya, masjid ini berukuran sekitar 50 m × 50 m, dengan tinggi atap sekitar 3,5 m asulullah saw. turut membangunnya dengan tangannya sendiri, bersama-sama dengan para shahabat dan kaum muslimin. Tembok di keempat sisi masjid ini terbuat dari batu bata dan tanah, sedangkan atapnya dari daun kurma dengan tiang-tiang penopangnya dari batang kurma. Sebagian atapnya dibiarkan terbuka begitu saja. Selama sembilan tahun pertama, masjid ini tanpa penerangan di malam hari. Hanya di waktu Isya, diadakan sedikit penerangan dengan membakar jerami.


Kemudian melekat pada salah satu sisi masjid, dibangun kediaman Nabi saw. Kediaman Nabi ini tidak seberapa besar dan tidak lebih mewah dari keadaan masjidnya, hanya tentu saja lebih tertutup. Selain itu ada pula bagian yang digunakan sebagai tempat orang-orang fakir-miskin yang tidak memiliki rumah.  Belakangan, orang-orang ini dikenal sebagai ahlussufah atau para penghuni teras masjid.


Setelah itu berkali-kali masjid ini direnovasi dan diperluas. Renovasi yang pertama dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab di tahun 17 H, dan yang kedua oleh Khalifah Utsman bin Affan di tahun 29 H. Di jaman modern, Raja Abdul Aziz dari Kerajaan Saudi Arabia meluaskan masjid ini menjadi 6.024 m² di tahun 1372 H. Perluasan ini kemudian dilanjutkan oleh penerusnya, Raja Fahd di tahun 1414 H, sehingga luas bangunan masjidnya hampir mencapai 100.000 m², ditambah dengan lantai atas yang mencapai luas 67.000 m² dan pelataran masjid yang dapat digunakan untuk salat seluas 135.000 m². Masjid Nabawi kini dapat menampung kira-kira 535.000 jemaah.

Makan Rasulullah SAW terletak di bawah kubah hijau ini

Kami balik ke hotel selepas itu.  Nak bersiap2 untuk ke menunaikan solat zuhur berjemaah. Mutawif dah berpesan hari ini hari Jumaat, jadi masjid akan penuh. Kami kena datang awal, selewat-lewatnya pukul 11.

Akan bersambung.......



Umrah Journey Part 1

Pegi umrah ni dah lama(Mac). Ni baru nak buat entry supaya tak lupa pengalaman indah di tanah haram.  Bertolak dari rumah ke KLIA arnd 12 since Tn. Hj. kata kena ada sana before 1pm.  Since mak saya ikut sekali, adik-beradik saya semua menghantar ke KLIA termasuk mak mentua saya.

bergambar kenangan di KLIA


gambar berdua mesti ada ;)
Flight naik MAS. Senang la sikit since dah biasa dgn MAS. Settle check in, pergi sembahyang kat surau KLIA. Mak ai..ramainya orang...semuanya yang semayang kat situ rasanya nak pegi umrah.  Alhamdulillah berjaya jugak squeeze in dan buat jamak takdim.  Flight bertolak jam 5.30 but dh kena masuk pkl 3.  After saying goodbyes, kami ber3 masuk balai berlepas...tgu flight 5.30 as promised.  Saru flight tu semua rombongan umrah. Ada yang dh pakai ihram sebab mereka akan ke mekah dulu sdgkan my group akan ke madinah dulu. 8 hours flight, we eat, sleep and ada yg recite Quran. Perasaan teruja dan gementar bercampur baur. Tak tau nak expect apa since kami ni first timer.

Sampai Jeddah airport dlm pkl 9pm waktu jeddah.  Letihnya ya amat.  Rupanya ujian bermula di sini. Berhadapan dgn imigresen Arab ni amatlah mencabarnya. We spend almost 2 hours kat sini. Hmm saya cuma banyak berdoa semoga Allah mudahkan urusan kami ini.  Lepas imigresen check, kami sembanhyang dulu jamak takhir.  Bas dah tunggu untuk perjalanan ke Madinah pulak which is will take another 8 hours lagi.  Dalam bas, mutawif bagi pengenalan sikit pasal perjalanan kami ni.  Sepanjang perjalanan, kami berdoa dan berzikir. Lama2 makin slow suara zikir ganti dgn suara berdengkur ;) ya lah..masing2 letih. 

Bas berhenti halfway kat RnR..bukan mcm RnR PLUS la, tapi ok la bole melepas lelah dan mengisi perut.  Kami dijamu dengan nasi arab. marvellous. nasi arab paling sedap pernah saya makan. Takkan jumpak di Malaysia. memang original rasanya.


bergambar depan restoran di RnR. tak ingat nama restorannya

Berenti dalam 30 minit pastu continue lagi journey ke Madinah. Bila mutawif announce dah masuk sempadan Madinah, hati rasa makin sayu.  Hajat menjejakkan kaki ke tanah yang pernah menjadi tempat tinggal Rasulullah SAW dan para sahabat baginda hampir tecapai akhirnya. 

Akhirnya sampai di Madinah menjelang subuh. Lagi beberapa minit nak azan. Subhanallah, bila mata terpandang sisi Masjid Nabawi, semua kami tergamam tak tahu nak cakap apa. Saya merasa amat teruja, dalam hati berasa bersyukur dan masih lagi tak sangka akhirnya saya sampai juga ke sini.  To be continued......