Test from bbery

Test 123
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Marah

picture taken from Google Image

Selalunya, kalau lepas keluar dari bilik bos, PA dia mesti tanya..kena marah ke? hah takde soalan lain nak tanya pulak minah ni.. :) saya dah biasa kena marah sampai tahap maki hamun ni. Alah bisa tegal biasa.  Tahap imun tinggi. Telinga tebal punya.

Biasanya, lepas kena marah, saya akan berfikir sejenak. kalau la saya di tempat bos, perlu ke saya marah begitu? sebab saya tak penah marah staff saya walaupun kadang2 kesilapan mereka membuatkan saya dimarah. Ada kalanya hilang sabar juga tapi saya fikir kita ni semua manusia. Tak sempurna. Tapi bos besar tak mau terima alasan tu. Salah sikit je, satu ofis terbakar dengan amarahnya.

Selalunya bila berhadapan dengan orang yang marah, bagaimana kita bereaksi?Bagaimana pula kalau kita sendiri yang sedang marah.  Hmm saya baru perasan MARAH kalau dieja terbalik jadi HARAM..hehe..ok berbalik kepada isu di atas, bagaimana berhadapan dgn org yang sedang marah? berdasarkan pengalaman saya, jgn menjawab..walaupun kita tahu bukan salah kita, biarkan dia hamburkan kemarahan dia dulu. lepas tu cepat2 keluar dari bilik dia :) dlam situasi ini bilik bos. Entahlah saya ini jenis yang menyimpan jugak dan makan dalam..cepat terasa tapi berhadapan dgn bos yang suka marah ini saya belajar pekakkan telinga tapi saya pastikan dia takkan marah ke atas perkara yang sama lagi.

Bagaimana pula kalau kita sedang marah? Dah lama rasanya tak marah orang ni.  Dulu2 masa jaman muda2 dulu, suka la marah org tapi marah budak2 kecik je la..nak marah org besar rasanya tak berani..heheh. Saya tak suka bila saya marah sebab kadang2 saya akan mengeluarkan perkataan yang mengguriskan hati org yang dimarah dan lepas itu sya akan menyesal.  Betul la kan kalau kita tengah marah, kalau sedang berdiri, duduk. kalau tak hilang juga marah tu, baring. kalau tak, amik air semayang dan semayang sunat. sampai ke situ sekali kewajipan menjaga nafsu amarah ni.

Bagaimana kalau 2 ornag tengah marah memarahi, dan kita berada di sistu sebagai pemerhati tanpa rela :) ahah..berdiam diri jugak dan dgr butiran pergaduhan sbb lepas tu bole gosip..not good :) jgn sesekali berkata apa2 sebab org tgh marah ni, kalau kita tak sokong dia terutamanya, dia akan hot n spicy..diam jugak dan tgu turn utk beredar dari situ..dlm situasi ini bilik bos :) bila bos bagi kebenaran, cepat2 lah keluar.

Tips ni saya je yg gunapakai sebab rasanya bersesuaian dengan saya. Lain orang lain caranya menangani situasi marah ni.

Wallahua'lam.

Masjid Quba'

Lawatan ke Masjid Quba ni tak ingat hari ke berapa.  Tapi rasanya last day di Madinah kut.  Alhamdulillah walaupun ramai betul orang, tapi kami manage to solat sunat tahiyatul masjid dan dhuha di sini.  Mengikut sejarah dan pembacaaan dari Wikipedia, Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam.  Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah berhijrah dari Makkah.  Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah . Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..  Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.  Nama Quba ini diambil sempena nama telaga yang terletak bersebelahan masjid ini.

Mengikut sejarah dan penceritaan daripada mutawif kumpulan kami, telaga ini asalnya dimiliki oleh seorang Yahudi. Sebelum itu, telaga ini digunakan oleh org2 Islam untuk mengambil air sembahyang.  Kerana dengkinya Yahudi ni, dia tak benarkan orag2 Islam ni ambik air semayang di sini.  Akhirnya, telaga ini dibeli oleh Saidina Ali daripada Yahudi tu dengan harga 30k dinar.


Inilah telaganya....


Panas betul masa ni..



Semasa hayatnya, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.  Telah diceritakan bahawa Nabi menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. (Bukhari: Jumaat: 1117, 18, 1119. Muslim: Haji: 2478, 2483)

Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. 
 
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Quba
 
Wallahua'lam

Temuduga

Saya tak suka temuduga..seriously sebab rasa macam tak pandai nak goreng jawapan. Sebab tu saya elakkan menghadiri temuduga.  Tapi hari ni memang tak boleh elak sebab saya betul2 nak dapat peluang ini.  Hari ni pukul 8 dah terpacak kat PICC ada temuduga Hadiah Latihan Persekutuan.  Bilik saya tu tak ramai ada la dalam 5 org dan saya org terakhir.  Lama la jugak 1/2 jam per person memang segala peluh jantan betina keluar.  Seriously saya tak suka temuduga..memang banyak betul soalan menduga akal dan kewarasan kita. boleh hilang sabar sebab panel ni suka sangat provokasi. Untunglah panel saya tidak terlalu pakar dengan bidang yang saya pilih.


Usaha sudah, saya bertawakal je lah. Tetapi jauh di sudut hati, saya betul2 inginkan peluang ini.  Bukan sebab saya nak berehat daripada bekerja tetapi saya perlu upgrade diri saya dan mencabar kemampuan saya dalam bidang ini.

Cuti-cuti Kedah


***pict taken from http://kedah.jkr.gov.my/conprojek.htm

Salam..lama betul tak bersiaran :) Umrah journey pun duk jadi part 2 lagi..tingal2 la dulu..later sambung.  Sebenarnya tadi baca blog kakak saya My Simple Life dia cerita pasai balik kampung last week..part yang macam2 peristiwa berlaku tu memang suspen gila ;) peristiwa pertama sekali tu masa turn saya bawak kereta..hehe..pecut bukan main..yang itu biar la menjadi rahsia kami..nanti kalo terpecah, akan murka pulak tuan punya badan. ;)

Seriously, pengalaman bawak keta long journey amatlah memenatkan..wah..baru la saya faham perasaan suami saya bila setiap kali balik kampung. patut la letihnya lain macam, muncungnya sedepa sebab penat barangkali drive seorang. tapi lepas ni tiada alasan ye bang. u tak larat, tukar dgn i..hehe. kakak saya, bila tgk saya dah ok drive keta dia, mula la nak ngelat. tak pasal2 sebab peristiwa itu, saya kena bawak kereta sampai rumah.

Saya rasa orang yang paling best balik kampung ni adalah anak sedara saya baru 3 tahun umurnya..selalu usik dia "adik, jum balik kl". dia jawab "tak nak la, nak balik Anu Setar"..hehe..penghibur kami sepanjang perjalanan +-400km


Percutian kali ni best gila sebab tak bawak suami..haha....wpun panas nya ya amat, tapi tak kisahlah, small matter ja..sampai2 terus buat kerahan tenaga..saya ambik seksyen sapu dan mop lantai..bab2 jadi pembunuh upahan ni, kirim salam..menengok je pun dah geli, eee..tak kuasa. oleh itu, kerja pembunuh upahan ni bagi mak dan kakak saya..

Esoknya, mula la keluar town cari jeans la, blouse la..serious blausnya takde la yang sesuai..mgkin tak explore kut. dapat le beli jeans selai. balik rumah, lepak je tak buat apa2 pun sebab singkat sgt masa. mak saya asyik la nak mengemas. Petang layan cerita NE. haha i heart aaron aziz..serious hensem..
 
Next day tu, kami keluar cari lunch..biasak la jumaat, gerai kat rumah tutup..dasar pemalas nak masak sendirik..kat kl pun malas masak..jgn harap kat kg pun namk masak..mencari la kat town. jumpak saru kedai ni kat stadium darul aman. tengok org tak ramai, ok ni..bole beli. saya ni mmg tak suka pi tempat org ramai2 ni..rimas..beli la segala mak nenek dari ayam goreng sampai la ke lincikang..lauknya ada la dalam 5 jenis kut..sekali makcik tu kira..rm41!...wtf#%^$?...dlm hati dah mencarut bagai2..kakak saya suruh kira balik..mmg betul harganya macam tu..mak ai..ikan kecik ibu jari ko kira rm3 sekor makcik oi..huii..mencekik darah..ini kalo kat kl, baru dalam rm20..padan la dgn muka saya..kedekut sgt ..dah kena bayar lunch mahal2..

Last day, melawat kubur ayah saya..wajib dilawati setiap kali balik kampung..arnd 9.30 mcm tu, kami bersiap balik kl..saya bawak dari alor star sampai ke bukit merah kut..anak sedara saya buat perangai sepanjang journey mngkin agaknya tahu nak balik kl. muka masing2 semua mendung je..samapi kl arnd 4.30 camtu..ada pulak perjumpaan ahli jemaah..tunggu kakak saya dtg..tgh2 layan borak, suami pulak call tanya kat mana, ckp baru sampai , dah tu ajak pulak pi tgk bapak sedara dia. alah, sebenarnya dia tak sabar nak jumpak bini dia ni, bg alasan nak pi hospital ;)

Balik rumah, suami bagi hadiah serprise..hehe..bukan hadiah tutt ya ;) dia kata hadiah sebab saya tianggal kan dia 3 hari.. LOL tu mcm perli.. apa2 pun mmg terkejut bagak. tak sangka la kan, dia memang pandai la buat serprise..i love u la..kena tinggai selalu ni..haha

Umrah Journey Part 2

Wah..ada sambungan lagi journey saya ni...Oklah saya sambung semula program hari kedua pulak..Sampai di hotel Safir Al Saha, azan subuh bergema..Jarak hotel dengan Masjid Nabawi lebih kurang 5 minutes walking distance. Problemnya hotel ni, lif tak banyak dan agak perlahan. Kami bertiga cadangnya nak naik simpan barang dulu lepas tu baru ke masjid, tapi memandangkan masa menunggu lif menjangkau 10 minit, niat tu dibatalkan. Lagipun badan rasa melekit, seharian travel.  Kami solat di bilik sahaja.


Masuk2 je bilik, terkejut le jugak sebab bilik tu ngam2 je utk 3 org namun begitu ada la ruang untuk sembahyang.  Lepas sembahyang, kami turun breakfast di cafe.  Makanannya ok la, memang menu Malaysia.

bergambar di depan hotel sebelum ke masjid

Program hari ini, mutawif akan bawa rombongan kami yang seramai 40 orang ni ke Masjid Nabawi.  Jemaah lelaki dibawa menziarahi Makam Rasulullah S.A.W, Makam Abu Bakar Al Siddiq, Makam Umar Al Khattab , Raudhah dan perkuburan Baqi’. Manakala jewaah wanita dibawa melawat sebelah malam. Masa ni takde gambar sebab tak bole bawa kamera.

Selepas tu, kami berpecah. Jemaah wanita ada yang balik ke bilik tapi saya ajak mak saya melawat kawasan masjid.  MasyaAllah besarnya masjid ni. Mengikut sejarah dan pembacaan saya dalam laman web Wikipedia, Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang dibangun oleh Rasulullah saw., setelah Masjid Quba yang didirikan dalam perjalanan hijrah baginda dari Mekkah ke Madinah. Masjid Nabawi dibangun sejak saat-saat pertama Rasulullah saw. tiba di Madinah, di tempat unta tunggangan Nabi saw. menghentikan perjalanannya.

Awalnya, masjid ini berukuran sekitar 50 m × 50 m, dengan tinggi atap sekitar 3,5 m asulullah saw. turut membangunnya dengan tangannya sendiri, bersama-sama dengan para shahabat dan kaum muslimin. Tembok di keempat sisi masjid ini terbuat dari batu bata dan tanah, sedangkan atapnya dari daun kurma dengan tiang-tiang penopangnya dari batang kurma. Sebagian atapnya dibiarkan terbuka begitu saja. Selama sembilan tahun pertama, masjid ini tanpa penerangan di malam hari. Hanya di waktu Isya, diadakan sedikit penerangan dengan membakar jerami.


Kemudian melekat pada salah satu sisi masjid, dibangun kediaman Nabi saw. Kediaman Nabi ini tidak seberapa besar dan tidak lebih mewah dari keadaan masjidnya, hanya tentu saja lebih tertutup. Selain itu ada pula bagian yang digunakan sebagai tempat orang-orang fakir-miskin yang tidak memiliki rumah.  Belakangan, orang-orang ini dikenal sebagai ahlussufah atau para penghuni teras masjid.


Setelah itu berkali-kali masjid ini direnovasi dan diperluas. Renovasi yang pertama dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab di tahun 17 H, dan yang kedua oleh Khalifah Utsman bin Affan di tahun 29 H. Di jaman modern, Raja Abdul Aziz dari Kerajaan Saudi Arabia meluaskan masjid ini menjadi 6.024 m² di tahun 1372 H. Perluasan ini kemudian dilanjutkan oleh penerusnya, Raja Fahd di tahun 1414 H, sehingga luas bangunan masjidnya hampir mencapai 100.000 m², ditambah dengan lantai atas yang mencapai luas 67.000 m² dan pelataran masjid yang dapat digunakan untuk salat seluas 135.000 m². Masjid Nabawi kini dapat menampung kira-kira 535.000 jemaah.

Makan Rasulullah SAW terletak di bawah kubah hijau ini

Kami balik ke hotel selepas itu.  Nak bersiap2 untuk ke menunaikan solat zuhur berjemaah. Mutawif dah berpesan hari ini hari Jumaat, jadi masjid akan penuh. Kami kena datang awal, selewat-lewatnya pukul 11.

Akan bersambung.......



Umrah Journey Part 1

Pegi umrah ni dah lama(Mac). Ni baru nak buat entry supaya tak lupa pengalaman indah di tanah haram.  Bertolak dari rumah ke KLIA arnd 12 since Tn. Hj. kata kena ada sana before 1pm.  Since mak saya ikut sekali, adik-beradik saya semua menghantar ke KLIA termasuk mak mentua saya.

bergambar kenangan di KLIA


gambar berdua mesti ada ;)
Flight naik MAS. Senang la sikit since dah biasa dgn MAS. Settle check in, pergi sembahyang kat surau KLIA. Mak ai..ramainya orang...semuanya yang semayang kat situ rasanya nak pegi umrah.  Alhamdulillah berjaya jugak squeeze in dan buat jamak takdim.  Flight bertolak jam 5.30 but dh kena masuk pkl 3.  After saying goodbyes, kami ber3 masuk balai berlepas...tgu flight 5.30 as promised.  Saru flight tu semua rombongan umrah. Ada yang dh pakai ihram sebab mereka akan ke mekah dulu sdgkan my group akan ke madinah dulu. 8 hours flight, we eat, sleep and ada yg recite Quran. Perasaan teruja dan gementar bercampur baur. Tak tau nak expect apa since kami ni first timer.

Sampai Jeddah airport dlm pkl 9pm waktu jeddah.  Letihnya ya amat.  Rupanya ujian bermula di sini. Berhadapan dgn imigresen Arab ni amatlah mencabarnya. We spend almost 2 hours kat sini. Hmm saya cuma banyak berdoa semoga Allah mudahkan urusan kami ini.  Lepas imigresen check, kami sembanhyang dulu jamak takhir.  Bas dah tunggu untuk perjalanan ke Madinah pulak which is will take another 8 hours lagi.  Dalam bas, mutawif bagi pengenalan sikit pasal perjalanan kami ni.  Sepanjang perjalanan, kami berdoa dan berzikir. Lama2 makin slow suara zikir ganti dgn suara berdengkur ;) ya lah..masing2 letih. 

Bas berhenti halfway kat RnR..bukan mcm RnR PLUS la, tapi ok la bole melepas lelah dan mengisi perut.  Kami dijamu dengan nasi arab. marvellous. nasi arab paling sedap pernah saya makan. Takkan jumpak di Malaysia. memang original rasanya.


bergambar depan restoran di RnR. tak ingat nama restorannya

Berenti dalam 30 minit pastu continue lagi journey ke Madinah. Bila mutawif announce dah masuk sempadan Madinah, hati rasa makin sayu.  Hajat menjejakkan kaki ke tanah yang pernah menjadi tempat tinggal Rasulullah SAW dan para sahabat baginda hampir tecapai akhirnya. 

Akhirnya sampai di Madinah menjelang subuh. Lagi beberapa minit nak azan. Subhanallah, bila mata terpandang sisi Masjid Nabawi, semua kami tergamam tak tahu nak cakap apa. Saya merasa amat teruja, dalam hati berasa bersyukur dan masih lagi tak sangka akhirnya saya sampai juga ke sini.  To be continued......

A Moment To Remember


I've just finished watching this korean movie titled A Moment To Remember.  What I must say, better than Winter Sonata ;) .  This movie was so touching.   The story is about couples met at a convenience store, fall in love and get married.  They live happily until one day she is diagnosed with alzheimer.  This is where the sad part begin. She couldn't manage herself and worst part is she didn't recognize him. Until one day, she ran away from home.  He tried to find her but she is nowhere to be found. Few months later, she sent him a letter.  With hope, he's trying to find her until finally he found her at the hospital where she's been treated. Unfortunately, she didn't recognize him.  He took her to the first place they met at the store.  The moment she enters, she looked at him and cry. She called his name and she asked him "is this heaven"?He nodded.  On the way to the hospital, he told her he loves her. End of the story.

I really cried for this story i'm drowning with tears...:) Ada satu scene tu when he didn't want to forgivr her mother, ada dialog this wife ni "forgiving it's just giving away just one plain room in your heart" memaafkan adalah memberi sedikit ruang pada rasa bencimu. lebih kurang la makna dia. very meningful.

Apa2 pun, hero nya amat hensem. yummy. walaupun serabai tapi tetap hensem. Hmm nak suruh husband saya workout biar badan dia jadi mcm mamat ni ;)

Ayah in memory (20/1/2004-20/1/2011)

**picture taken almost 15 yrs ago..was that me kat hujung tu?... ;)

Kalau ikut kalendar masehi, hari ini genap 7 tahun pemergian ayah saya ke rahmatullah. Jam 6.20 pagi 20 januari akan selama2nya dalam ingatan saya. Perasaan yang sama telah dirasai sepanjang 7 tahun ini bila tiba detik itu. Saya berharap supaya saya tidak akan melupakan perasaan dan detik itu sehingga akhir hayat saya.

Ayah saya sentiasa di dalam ingatan dan di dalam doa2 saya selagi nyawa dikandung badan. Doa saya agar rohnya dicucuri Allah swt dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Alfatihah.

First entry in 2011

Alhamdulillah..sudah 8 hari berada dalam tahun 2011..personal life wise, biasa2 saja.  Work wise, dah masuk gear 5 dah...;)
Tadi, baru jumpa kakak saya dan anak2nya di OTWC..makan2..sampai pkl 12am baru balik rumah..Esok mcm biasa meeting di setapak jaya..suami saya dah sedia maklum ;) nasib baik esok dia keja.
Ni entry warm up dulu utk tahun 2011..nanti2 ada story lagi.

Winter Sonata

6 years (18/12/2004-18/12/2010)

Alhamdulillah..6 tahun sudah usia perkahwinan saya..tahun ni celebrate di H**** C*******...hehe..

Berjaya melepasi fasa 5 tahun pertama walaupun masih ada kekurangan here and there, tapi saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah swt kepada rumahtangga saya.  Mungkin tak sesempurna orang lain, tapi saya terima seadanya.

Kakak saya tanya dapat hadiah kereta ke?tak la..suami saya hanya beli sandal sahaja kat saya.  Itu pun setelah saya tanya dia berbaloi tak harga sepasang sandal RM8*.00? Dia tanya saya suka ke?saya pun memberi hujah2 bernas kenapa saya suka sandal itu.  Dia pun akhirnya kata "oklah, dah suka ambik la. I bayar....Ni kira hadiah anniversary".  Wah..menyesal pulak saya p ambik sandal.Kenapa la saya tak ambik handbag sahaja.

Saya juga berterima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak membantu di awal2 tahun perkahwinan saya sehingga 6 tahun usia perkahwinan ini terutama emak saya dan sisters saya.  Tanpa mereka, tak mungkin saya dapat mengharungi dugaan dan cabaran 6 tahun berumahtangga ini.

Sharone Is Out!!!!

**taken from Google Image

Alamak..tersingkir pulak si Sharone ni :-( Tu la tunjuk pandai sangat..Apesal la p masak hati ikan pulak...memang merasa la kena tendang kluar..Sharone ni yg bagusnya dia kreatif.  Banyak kali la kat top place tapi tak sangka sampai terkeluar pulak.

Tapi memang agak la Whitney akan jadi juara Master Chef US. Saya tak suka David Miller dan Lee sebab dua2 mamat tu perasan bagus. Shetal tu pulak ikut nasib le..kadang2 masak sedap, kadang2 tak sedap..

Whitney tu yang bagusnya dia teliti. Memang layak la jadi juara Master Chef US. Yang bestnya kalau lawan dia kat final ialah Sharone. Tapi lawan dgn si David tu pulak..merasa la kau David oi. Perasan bagus sangat.

Mood : Waiting to go somewhere tomorrow...biarkan kakak saya berteka teki apa agenda saya esok ;-) sampai ke sudah takkan dapat jawapan..heheh

Hari Ini....

Hari ini..jika arwah ayah saya masih ada, beliau akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 74.

Alfatihah.

Nota : Speechless

Laksa Lemak

** picture taken from Google image  
        


                                                                                                                                                                   
Hari ni macam biasa meeting AJK.. ;) Mak saya masak laksa lemak..Memang terbaekkk..gambar tu bukan laksa yang mak saya masak tapi rupa lebih kurang le..Memang semangat betul mak saya. Siap pesan saya bawak rempah kari dengan salad..Kesian la pulak kan kalau saya tak datang.  Saya usaha jugak dtg setiap hari Sabtu sebab saya tahu mak saya akan happy kalau kami adik beradik berkumpul walaupun tak semua yang ada, 3 orang dah cukup memeriahkan suasana ;). 

Adik beradik saya kata mak saya lebih sayang kat saya berbanding yang lain wpun saya bukan anak bongsu.  Walaupun apa gelaran untuk saya, baby girl ke ;) saya tak kisah.  Kasih sayang saya pada emak saya tetap tidak berbelah bahagi.  Tiada wang ringgit yang dapat membeli atau membayar kasih sayang emak saya.  Saya berdoa setiap hari Allah panjangkan umur saya supaya saya dapat berbakti kepada emak saya sepanjang kehidupannya.  Dan semoga suami saya memahami dan sentiasa mengizinkan saya untuk melawat emak saya.

Eh, entry dah lari dari tajuk le. Minggu depan rasanya AJK tak bersidang sebab mak saya akan balik kampung.  Saya pula akan ke PD ada team building.

Nota : Menyesal la tak bawak balik laksa lemak sikit. Tadi tengok macam nak habis.














Lunch di Hotel Pullman




***picture taken from http://www.thestar.com.my/

Alhamdulillah, hari ni langkah kanan.  Member belanja makan di Hotel Pullman Putrajaya.  Murah rezeki kawan saya ;) .


**picture taken from http://www.eats.my/
Hotelnya besar dan cantik.  5 bintang ratingnya.  Kami makan di restoran namanya B.  Makanan pun ok la. Tak banyak choice tapi lauknya sedap2 belaka.  Untuk lunch buffet, harganya 59++ seorang dan ada a-la-carte jugak.

Saya bgtau kawan saya yang Datuk SM buat nikah reception di hotel ni.  Dia boleh tanya saya, "dah kawin ke Datuk SM ni?I tak tahu pulak". Le, dah ada live kat TV lagi, dia boleh tak tahu..hmm..tak kepochi langsung kawan saya ni.

Pukul 4 baru balik ofis. Ye lah bos cuti raya. Masa ni lah ambil kesempatan untuk keluar sekejap. Nanti balik lambat sikit lah sebab nak cover 2 jam yang saya guna di Hotel Pullman tadi.

Mood : Berbelah bahagi nak cuti ke tak esok?

Setahun sudah....

Masuk bulan ni dah setahun saya bawak kereta secara full time. Alhamdulillah setakat ni tiada la kejadian yang tidak diingini.  sebelum ni ofis saya di KL so kalau nak ke ofis saya naik LRT atau suami saya hantar. masa tu sentiasa ada pilihan tapi sekarang saya tiada pilihan. Terpaksa jugak saya bawak kereta. Nak naik LRT pun mcm tak berbaloi.alamatnya malam le baru sampai rumah.

Saya ni sebenarnya penakut. Darah gemuruh. Dah lama sgt jadi co pilot, saya rasa tiba masanya saya jd driver.  Kakak2 saya siap paksa saya suruh bwk kereta. Tapi tu lah masa tu saya rasa takut sgt nak cuba tapi saya pun terpk sampai bila saya nak mcm ni. Saya kena buat jugak sebab saya rasa ini peluang saya. dan sebab saya rasa saya boleh.

Saya ingat masa mula2 belajar bawak kereta way back in 2003, saya langgar tiang BERHENTI kat depan rumah. Adik saya kata dia fobia nak bawak kereta sbb peristiwa tu..heheh..

First day bwk kereta ke ofis, saya rasa takut sgt tapi saya ketepikan rasa takut saya.Suami saya pesan bawak ikut speed, jgn masuk lorong org dan bagi signal kalo nak tukar lane. Saya cuma dpt latihan teori je, praktikal sekali je suami saya ajar.  Tu pun garangnya mengalahkan singa. Saya juga belajar drpd memerhati cara suami saya bawak dan saya juga byk bertanya dia.

After a year, mmg byk achievement la. saya bole bawak kereta ke rumah adik saya setiap hari sabtu. kalau nak pegi kursus ke mesyuarat ke, saya bawak kereta je. takde dah pening2 nak booking kereta ofis atau nak mintak suami saya hantar. sesat tu jgn cakap le..memang buta jalan saya ni.tapi alhamdulillah saya manage to sampai on time.

Sebenarnya, kesungguhan utk melakukan sesuatu itu amat penting. kalau tiada kesungguhan, semua yg kita plan tidak akan menjadi. Dan sentiasa yakin dengan diri kita.

Cinta Melankolia

Sesal Dahulu Pendapatan....

Suami saya ada game bola hari ni..Saya amatlah boringnya di rumah. Nak ke rumah adik saya, mak saya takdak. Hari ni adik saya baru ambik dia di Tg Malim rumah abang saya.

Tadi, masa suami saya tengah rilek2 sebab penat main bola, saya bertanya suami saya, apa perkara yang paling disesalkan dalam hidup dia...dia jawab..tiada..nasib baik..saya ingat dia nak jawab sesalan dia ialah berkahwin dengan saya.. ;)

Kalau tanya saya...sebenarnya dan sejujurnya memang ada perkara yang saya sesalkan..

Masa saya kemas2 folder lama saya yang ada sijil2 dan surat tawaran, saya terjumpa surat tawaran KPLI, Interview Pensyarah Politeknik dan interview cikgu MRSM.  Saya teringat saya cuma pi ambik test KPLI tapi interview dia saya tak pi.Macam tu jugak interview politeknik dengan MRSM..kalau la masa tu arwah bapak saya paksa saya jugak..mungkin la saya dah pi.Saya ingat bapak saya call tanya pasai interview politeknik..saya tau dia insist nak saya pi..tapi apa nak buat masa tu bebal punya pasai..semua tu saya tolak.

Kesian bapak saya..saya tau dia nak sangat salah seorg anak dia jadi cikgu..tapi masa tu saya seronok duk di KL..saya tak sanggup sacrifice life saya dengan pegi belajar jauh2 dan bila jadi cikgu kita tak tau ceruk rantau mana kita kena mengajar..

Itu sesalan terbesar saya..sekarang ini persoalan yang bermain di kepala saya ialah kenapa?kenapa saya sanggup korbankan peluang ini ?salah siapa?salah saya jugak kan?saya percaya kalau saya pergi interview2 ni, mungkin akan sangkut jugak salah satu.Dengan status kerjaya saya sekarang, saya teringin nak tukar ke profesion perguruan.saya dah boring buat pengurusan.

Betullah pepatah orang tua2, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..hmm dah terkena ke batang hidung saya.kalau dulu saya sayang nak tinggalkan KL, sekarang ni tak sabar2 nak keluar dr KL.saya berharap pertukaran saya diluluskan.tahun depan saya nak apply sambung belajar supaya dengan kelulusan saya tu, saya boleh apply utk mengajar.

Saya pernah dengar ceramah motivasi, apa yang terjadi dalam hidup kita adalah pilihan kita.saya pilih untuk tidak pergi interview dan lihatlah diri saya sekarang penuh dengan sesalan...

Walaupun hidup saya penuh dengan sesalan, namun saya bersyukur dengan apa yang telah saya kecapi selama ini..tetapi saya rasa terkilan saya membuat pilihan tanpa menimbang baik buruk pilihan saya..saya terlalu ambik mudah semua peluang yang datang dalam hidup saya..kalau lah masa boleh diputar semula..sigh..

Mood : Boring..Tak bole jumpa partner in crime :( Suami saya memang kejammmmm ;) I luv u babe..peaceeeee

Buah Melaka dan Kenangan Posa

Hari ni lepak di tempat biasa..Mak saya suruh tunggu sampai bukak puasa...niat di hati tu memang la nak bukak posa kat situ sementelahan partnet in crime saya pun ada jugak..baru best bukak posa sekali. tapi saya dah janji dgn suami bukak posa di rumah..haih..dengan berat hati dan berat kaki melangkah balik ke rumah jugak. kesian mak saya.

Sampai rumah dah pukul 4. Hmm apa la nak masak ni. last2 masak asam pedas, sayur kangkung and sambal ikan keli. tiba2 suami kata nak makan buah melaka. No hal. Orang sini makan buah melaka kaler hijau. nasib baik ada pencelup hijau.  Masa duk buat buah melaka ni, teringat masa bulan pose zaman kecik2 dulu. Mak saya rajin masak buah melaka sebab arwah ayah suka makan. tapi buah melaka kat belah utara kaler putih. suci gitu.  sebab tu mcm culture shock sikit bila tengok buah melaka kaler hijau.

Saya masih ingat masa makan buah melaka, ada yang gula terpancut keluaq. Teqingat jugak satu teka teki masa kecik2 dulu. Buah apa bila masak, dia akan timbui. macam2 la jawapan. rupanya jawapannya buah melaka. Hmm betui la jugak sebab bila dia timbui dalam ayaq mendidih, maksudnya dia masak la. dah buleh angkat.

Kalau la ada time machine, saya nak request balik ke zaman posa masa saya sekolah menengah. masa tu baru pandai bawak basikal. mak suquh pi kedai pun ok saja sebab naik basikal. Saya akan make sure saya angkut adik saya sekali. sebab saya bole suquh dia beli baqang, saya tunggu kat basikal ja. Saya ingat balik sekolah ja, saya duk kat tingkap kat dapoq duk tunggu mak saya masak. kalau boring, saya pi tengok tv. masa tu ceqita Rumah Kedai kut. pastu petang dalam pukui 6, mak saya suquh hantaq kuih kat qumah jiran. balik rumah, mandi pahtu tunggu bukak posa. Hmm..Those were the days.