Setahun sudah....

Masuk bulan ni dah setahun saya bawak kereta secara full time. Alhamdulillah setakat ni tiada la kejadian yang tidak diingini.  sebelum ni ofis saya di KL so kalau nak ke ofis saya naik LRT atau suami saya hantar. masa tu sentiasa ada pilihan tapi sekarang saya tiada pilihan. Terpaksa jugak saya bawak kereta. Nak naik LRT pun mcm tak berbaloi.alamatnya malam le baru sampai rumah.

Saya ni sebenarnya penakut. Darah gemuruh. Dah lama sgt jadi co pilot, saya rasa tiba masanya saya jd driver.  Kakak2 saya siap paksa saya suruh bwk kereta. Tapi tu lah masa tu saya rasa takut sgt nak cuba tapi saya pun terpk sampai bila saya nak mcm ni. Saya kena buat jugak sebab saya rasa ini peluang saya. dan sebab saya rasa saya boleh.

Saya ingat masa mula2 belajar bawak kereta way back in 2003, saya langgar tiang BERHENTI kat depan rumah. Adik saya kata dia fobia nak bawak kereta sbb peristiwa tu..heheh..

First day bwk kereta ke ofis, saya rasa takut sgt tapi saya ketepikan rasa takut saya.Suami saya pesan bawak ikut speed, jgn masuk lorong org dan bagi signal kalo nak tukar lane. Saya cuma dpt latihan teori je, praktikal sekali je suami saya ajar.  Tu pun garangnya mengalahkan singa. Saya juga belajar drpd memerhati cara suami saya bawak dan saya juga byk bertanya dia.

After a year, mmg byk achievement la. saya bole bawak kereta ke rumah adik saya setiap hari sabtu. kalau nak pegi kursus ke mesyuarat ke, saya bawak kereta je. takde dah pening2 nak booking kereta ofis atau nak mintak suami saya hantar. sesat tu jgn cakap le..memang buta jalan saya ni.tapi alhamdulillah saya manage to sampai on time.

Sebenarnya, kesungguhan utk melakukan sesuatu itu amat penting. kalau tiada kesungguhan, semua yg kita plan tidak akan menjadi. Dan sentiasa yakin dengan diri kita.

0 comments: