Jangan Menyerah

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambaNya yang sabar
dan tak kenal putus asa



I'm singing my blue...

Love story let's make it history

Ahah..tajuk tak leh blah. Ni kan lagu sapa tu melly goeslow...duk drive tetiba dgq lagu ni..

Dah lama tak menjenguk blog ini.  Sibuk ah dengan work transition. Life takdak transition, macam tu la hari2. Sebenarnya tadi duk baca blog my sistah pasal anak dara dia sedang masyuk bercinta. Tetiba teringat jaman i dulu2. masa jaman anak dara gedik :)

Zaman sekarang trend bercinta, dah ada smartphone, so bole tweet dan fb dgn bf anytime.  Call pun anytime.  Call tanya dh mandi ke belum, dah solat ke belum, nak tido pun call. Habis2 malas nak call, sms saje. tapi jaman saya, xdak smartphone lagi. pakai talipon rumah ja. bila duk ingat2 balik, saya sebenaqnya tak byk dpt call kat rumah, sebab xdak bf :) yang hotline nya adalah adik dan kakak saya.  Ayah saya ni garang. maklumlah bekas cikgu. budak2 lelaki pun takut dgn dia. so saya mmg tak berani nak bagi no telefon rumah kat lelaki. Ada sekali tu budak lelaki kat sekolah saya bagi surat. takut punya pasal saya sembunyi surat dalam baju hujan. Dia mintak no telefon rumah. tahulah kan, memang tak dapt bagi. nak mamp :) last2 dia pun agaknya dah fedap, dia pun angkat kaki cari pompuan lain :)

Sebab tu la agaknya saya ni anak kesayangan ayah saya. rekod bersih :) kakak dan adik seaya selalu kena marah sebab bf depa duk call rumah. selalunya ayah saya yang jwb call, dia sound budak lelaki tu pastu baru dia pangge kakak/adik saya. lepas letak telefon, meqasa la kau kena marah. saya yg innocent ni pun kena tahan telinga gak. yang bestnya ada bf kakak/adik saya yg kamikaze sanggup datnag rumah. masa tu boleh bayangkan la rupa ayah saya tapi dia layan mcm biasa sebab tetamu kan. takkan la nak ligan dgn parang kut (sis, u know who kan?) haha..those were the days.  bf saya penah dtg tapi masa tu ayah saya tak tau tu bf saya, dia perkenalkan diri sbg kawan abg ipar saya, mak saya je yg tahu..haha (sis, ingat dak?) eh masa tu dh jadi bf ka :D

Zaman saya praktikal, baru la berani bagi no tel kat lelaki.  Masa diorang call, ayah saya akan jawab tapi dia xde dah marah2 agaknya sebab saya ni anak kesayanagn dia kut :) atau dah habis sekolah, so dah bole la bergayut. :) ada sorang budak ni dia satu tempat praktikal minat kat saya.  dia hantar emel rahsia.  masa ni emel dh start popular la. saya duk cari sapa la budak ni. last2 terbongkar jugak.  ahah orang yang paling dibenci sebab dia suka kacau saya.  dlm hati duk pikiaq apesal la budak ni. dia selalu la duk call rumah. tapi cakap tak lama sebab takut ayah saya .tapi jodoh x panjang. tak tau sebab apa mungkin masa tu rasa mcm bole caqi lagi hensem.  ye lah kan kita ni merancang, Allah yang menentukan segala2nya :D

Pastu ada pulak bf kawan baik saya ni duk call.  Ingatkan saaj2 call, kita ni layan ja la. dia penah dtg rumah sesaje dtg konon2 terlalu depan rumah so singgah la. tapi ayah sya tak syak la apa2 sbb dia tau mamat ni bf kawan saya.  Sampai satu hari tu, dia call kata nak putus dgn kawan saya dan nak steady dgn saya. saya kata tak mau sbb dia bf kawan saya. tapi dia kata dia akan ckp dgn gf dia. esoknya kawan saya tu call dan bgtau jgn kacau bf dia.magiknya lepas tu bf dia pun tak call dah. dasar lelaki..dayussss

bila dah keja, baru la merasa beli hp mcm lesung batu tu, baru la bole bergayut ikut suka mak bapak kan sebab hp sendiri. bil tepon jgn citer la sampai kena block la sebab overlimit. time ni dah duk kl so hati berbunga2 dating tiap2 mlm dgn bf.  Tapi jodoh tak panjang juga, x tau sbb apa hilang mcm tu ja. merana la jugak kan tido tak lena mandi tak basah (haha sis, ingat dak). sebelum ni, balik keja ada org ambik. pehtu merasa la balik naik bas jalan kaki bagai. haha..sengal. masa tu mcm org bodo ja rasa.  Pastu saya jumpak dgn bf baru (laki saya). nak kata hensem pun, hensem di mata saya la. mata org lain, mungkin tak :) haha ingat lagi masa 1st time jumpak, kakak saya pesan lepas makan jgn sendawa kuat2, nnt kena rijek. tapi kau habis2 makan dia sendawa. saya pandang muka kakak saya dgn tekejutnya dan kami masing2 gelak dlm hati (sis, ingat dak?). haha masa tu rasa ini agaknya jodohku made in heaven :) bodo ..cut the story short, bercinta tak rak sgt (tak rak ka ) tapi jodoh kuat agaknya, kami pun kawin. proses bercinta sampai kawin ni pun ada kisahnya..ala2 kisah cinta dua darjat..haha sengal..

Bab dating yang takleh blah..ingat lagi kami sisters duduk ber3..so masing2 ada bf, tetiap malm mcm2 jenis keta berenti depan rumah nak bawak pi dating. so kalau bulan posa, nasib la sapa yang kena tinggai bukak posa sorang2..hehe saya jarang la bukak posa kat rumah. memanjang bukak di luaq. (oh cerita bukak posa dan sahur kami ber3 ni story later)

ahah panjangnya entri ni. ni pun bayak yg dah potong sebab tak beqopa nak ingat dah..hehe..till then..adios

Ayah in memory (20/1/2004-20/1/2012)

Hari ni genap 8 tahun ayah tersayang kembali ke rahmatullah.  Begitu cepat masa berlalu terasa macam baru semalam peristiwa itu berlaku.  Ya Allah, ku sedekahkan Alfatihah untuk roh ayahku.  Semoga engkau tempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman.  Cucurilah rahmatMu ke atas roh ayahku. Amin. Alfatihah.

Berhijrah akhirnya....

** sumber : Google Image




Setelah hampir 10 tahun bekerja di organisasi yang sama..setelah melalui pelbagai pengalaman pahit manis termasuk bertukar lokasi pejabat,akhirnya doa saya untuk melangkah keluar dari organisasi itu terjawab.  Syukur alhamdulillah.  Allah Maha Besar. Tetapi perasaan sedih itu tetap ada. Maklumlah dah lama di sini dan dh rapat dengan orang2 di sini.  Namun hidup perlu diteruskan.  Mereka pun telah mendapat pengganti saya.  Risau juga sekiranya dibandingkan dengan orang baru nanti :) tapi tak apa lah, saya pun bukannya hebat sangat sampai tak ada org boleh buat kerja saya.  Pasti pengganti saya itu lebih hebat dan lebih bagus.  Siapa tahu, mungkin akan menjadi kesayangan bos ;)


Semoga darah bos saya tidak akan naik lepas ni dengan ketiadaan saya :)  Saya berharap staf2 saya akan ok dgn bos baru sebagaimana mereka ok dengan saya.  Lepas ni akan sibuk dengan menyelesaikan kerja2 sebelum handover dan kemas barang2 di ofis. Selamat tinggal semuanya. Semoga penghijrahan ini membawa kebaikan kepada saya.

7 Tahun (18/12/2004-18/12/2011)


Alhamdulillah.  Genap 7 tahun usia perkahwinan.  Semoga rumahtangga ini diberkati dan dilindungi Allah hendaknya dan saya berdoa supaya jodoh kami berkekalan hingga ke hujung nyawa. 

Hadiah ulangtahun dah dapat.  Terima kasih pada suami dgn hadiah yang amat tak disangka :) Tapi tekaan pertama tepat.. Tunggu turn nak hadiah apa pulak kat suami.

Di Pondok Kecil



Nasyid paling syahdu. Mengimbas kenangan zaman sekolah rendah, memang nasyid favorite. Alfatihah untuk arwah ayah saya.

A Birthday Wish

Birthday suami hari ni yang ke 39..wowwie..dah penghujung 30s. org lelaki ni life begins at 40,betul ke???scarrrrryyyy :)  Anyway, to a dear and beloved husband, happy birthday sayangku..Semoga Allah memurahkan rezekimu dan diberikan kesihatan di dunia ini.

Nak tunjuk sikit gambar transformasi dia way back from 2004-2011. Birthday boy katakan. Kena la buat special entry. Enjoice ;)


Tahun 2004

Tahun 2005




Tahun 2006


Tahun 2007

Tahun 2008
Tahun 2009



Tahun 2010

Tahun 2011

Transformasi fizikal je yang nak ditunjuk ni. Harap2 suami saya tak baca :)

Wallahua'lam

Apabila Sudah Tak Diperlukan Lagi

Semenjak 2 menjak ni kecoh pasal putus tunang Khairul Fahmi ni. Macam2 spekulasi dibuat antaranya orang ketiga. Mungkin juga komen agak kasar yg ditulis oleh tunangnya di FB pun menjadi punca. Apa2pun berbalik kepada pegangan kita bahawa jodoh, ajal dan maut di tangan Allah Yang Maha Esa.

Begitulah yang terjadi apabila hati sudah tidak sayang. Akhirnya minta putus sahaja. Si lelaki yang menjadi pujaan hati dan kesayangan akhirnya memutuskan ikatan kasih saynag yang dibina begitu sahaja. Bgmana agaknya perasaan si perempuan apabila berita putus tunangnya tersebar seluruh Malaysia. Kesian pada keluarganya yang telah berhabisan duit membuat majlis tunang bak majlis kahwin gahnya.

Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja bahawa meletakkan cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Allah akan akhirnya menemui kekecewaan.
Wallahua'lam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ramadhan Al Mubarak

Sumber : Google Image

Ramadhan tiba lagi.  Tahun ni juga saya tak dapat berpuasa on first day sebab uzur. Hmm sedihnya..Apa azam untuk puasa tahun2 ni?Macam biasa saya akan join tadarus di ofis dan harap2nya jugak dapat buat terawih di masjid. 

Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : “Amin..Amin. .Amin..”.
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : “Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin tiga kali, apakah sebabnya?” “Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan ke dalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” . Kemudian aku mengaminkannya. “Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin” “Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”.   (H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)

Sumber : www.facebook.com/notes/tazkirah/doa-maialkat-jibril-menjelang-ramadhan/10150270810047847

Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)

Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi saw bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Sumber : www.facebook.com/notes/tazkirah/kelebihan-puasa/10150270811232847

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.  Teruskan melipatgandakan amalan kita di bulan mulia ini.

Wallahua'lam


Semangat Yang Hilang

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk menghirup udara Jumaat yang penuh barakah ini. Hari ini berada di ofis setelah 3 hari berkursus Pengurusan ICT dan semalam exam.

Ofis akan berpindah ke Putrajaya lepas raya ni. Ramai betul yang minta tukar dengan alasan jauh dari rumah. Termasuklah staf2 saya. Lagipun suasana kerja di sini kurang best kerana ketua yang autokratik. Suasana amat stress kerana anak buah x puas hati kat bos dan sebaliknya. Saya? Masih di sini lagi. Surat tukar dah deraf cuma tak ada alasan kukuh utk bertukar. Secara jujurnya, nak bertukar ke agensi pusat pula mcm INTAN ke. Nak jadi pengajar pulak. Ataupun balik ke negeri.

Macamana nak mengembalikan semangat ni? Hmm kena shopping ni baru dtg semangat ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Test from bbery

Test 123
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Marah

picture taken from Google Image

Selalunya, kalau lepas keluar dari bilik bos, PA dia mesti tanya..kena marah ke? hah takde soalan lain nak tanya pulak minah ni.. :) saya dah biasa kena marah sampai tahap maki hamun ni. Alah bisa tegal biasa.  Tahap imun tinggi. Telinga tebal punya.

Biasanya, lepas kena marah, saya akan berfikir sejenak. kalau la saya di tempat bos, perlu ke saya marah begitu? sebab saya tak penah marah staff saya walaupun kadang2 kesilapan mereka membuatkan saya dimarah. Ada kalanya hilang sabar juga tapi saya fikir kita ni semua manusia. Tak sempurna. Tapi bos besar tak mau terima alasan tu. Salah sikit je, satu ofis terbakar dengan amarahnya.

Selalunya bila berhadapan dengan orang yang marah, bagaimana kita bereaksi?Bagaimana pula kalau kita sendiri yang sedang marah.  Hmm saya baru perasan MARAH kalau dieja terbalik jadi HARAM..hehe..ok berbalik kepada isu di atas, bagaimana berhadapan dgn org yang sedang marah? berdasarkan pengalaman saya, jgn menjawab..walaupun kita tahu bukan salah kita, biarkan dia hamburkan kemarahan dia dulu. lepas tu cepat2 keluar dari bilik dia :) dlam situasi ini bilik bos. Entahlah saya ini jenis yang menyimpan jugak dan makan dalam..cepat terasa tapi berhadapan dgn bos yang suka marah ini saya belajar pekakkan telinga tapi saya pastikan dia takkan marah ke atas perkara yang sama lagi.

Bagaimana pula kalau kita sedang marah? Dah lama rasanya tak marah orang ni.  Dulu2 masa jaman muda2 dulu, suka la marah org tapi marah budak2 kecik je la..nak marah org besar rasanya tak berani..heheh. Saya tak suka bila saya marah sebab kadang2 saya akan mengeluarkan perkataan yang mengguriskan hati org yang dimarah dan lepas itu sya akan menyesal.  Betul la kan kalau kita tengah marah, kalau sedang berdiri, duduk. kalau tak hilang juga marah tu, baring. kalau tak, amik air semayang dan semayang sunat. sampai ke situ sekali kewajipan menjaga nafsu amarah ni.

Bagaimana kalau 2 ornag tengah marah memarahi, dan kita berada di sistu sebagai pemerhati tanpa rela :) ahah..berdiam diri jugak dan dgr butiran pergaduhan sbb lepas tu bole gosip..not good :) jgn sesekali berkata apa2 sebab org tgh marah ni, kalau kita tak sokong dia terutamanya, dia akan hot n spicy..diam jugak dan tgu turn utk beredar dari situ..dlm situasi ini bilik bos :) bila bos bagi kebenaran, cepat2 lah keluar.

Tips ni saya je yg gunapakai sebab rasanya bersesuaian dengan saya. Lain orang lain caranya menangani situasi marah ni.

Wallahua'lam.

Masjid Quba'

Lawatan ke Masjid Quba ni tak ingat hari ke berapa.  Tapi rasanya last day di Madinah kut.  Alhamdulillah walaupun ramai betul orang, tapi kami manage to solat sunat tahiyatul masjid dan dhuha di sini.  Mengikut sejarah dan pembacaaan dari Wikipedia, Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam.  Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah berhijrah dari Makkah.  Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah . Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..  Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.  Nama Quba ini diambil sempena nama telaga yang terletak bersebelahan masjid ini.

Mengikut sejarah dan penceritaan daripada mutawif kumpulan kami, telaga ini asalnya dimiliki oleh seorang Yahudi. Sebelum itu, telaga ini digunakan oleh org2 Islam untuk mengambil air sembahyang.  Kerana dengkinya Yahudi ni, dia tak benarkan orag2 Islam ni ambik air semayang di sini.  Akhirnya, telaga ini dibeli oleh Saidina Ali daripada Yahudi tu dengan harga 30k dinar.


Inilah telaganya....


Panas betul masa ni..



Semasa hayatnya, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.  Telah diceritakan bahawa Nabi menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. (Bukhari: Jumaat: 1117, 18, 1119. Muslim: Haji: 2478, 2483)

Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. 
 
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Quba
 
Wallahua'lam

Temuduga

Saya tak suka temuduga..seriously sebab rasa macam tak pandai nak goreng jawapan. Sebab tu saya elakkan menghadiri temuduga.  Tapi hari ni memang tak boleh elak sebab saya betul2 nak dapat peluang ini.  Hari ni pukul 8 dah terpacak kat PICC ada temuduga Hadiah Latihan Persekutuan.  Bilik saya tu tak ramai ada la dalam 5 org dan saya org terakhir.  Lama la jugak 1/2 jam per person memang segala peluh jantan betina keluar.  Seriously saya tak suka temuduga..memang banyak betul soalan menduga akal dan kewarasan kita. boleh hilang sabar sebab panel ni suka sangat provokasi. Untunglah panel saya tidak terlalu pakar dengan bidang yang saya pilih.


Usaha sudah, saya bertawakal je lah. Tetapi jauh di sudut hati, saya betul2 inginkan peluang ini.  Bukan sebab saya nak berehat daripada bekerja tetapi saya perlu upgrade diri saya dan mencabar kemampuan saya dalam bidang ini.

Cuti-cuti Kedah


***pict taken from http://kedah.jkr.gov.my/conprojek.htm

Salam..lama betul tak bersiaran :) Umrah journey pun duk jadi part 2 lagi..tingal2 la dulu..later sambung.  Sebenarnya tadi baca blog kakak saya My Simple Life dia cerita pasai balik kampung last week..part yang macam2 peristiwa berlaku tu memang suspen gila ;) peristiwa pertama sekali tu masa turn saya bawak kereta..hehe..pecut bukan main..yang itu biar la menjadi rahsia kami..nanti kalo terpecah, akan murka pulak tuan punya badan. ;)

Seriously, pengalaman bawak keta long journey amatlah memenatkan..wah..baru la saya faham perasaan suami saya bila setiap kali balik kampung. patut la letihnya lain macam, muncungnya sedepa sebab penat barangkali drive seorang. tapi lepas ni tiada alasan ye bang. u tak larat, tukar dgn i..hehe. kakak saya, bila tgk saya dah ok drive keta dia, mula la nak ngelat. tak pasal2 sebab peristiwa itu, saya kena bawak kereta sampai rumah.

Saya rasa orang yang paling best balik kampung ni adalah anak sedara saya baru 3 tahun umurnya..selalu usik dia "adik, jum balik kl". dia jawab "tak nak la, nak balik Anu Setar"..hehe..penghibur kami sepanjang perjalanan +-400km


Percutian kali ni best gila sebab tak bawak suami..haha....wpun panas nya ya amat, tapi tak kisahlah, small matter ja..sampai2 terus buat kerahan tenaga..saya ambik seksyen sapu dan mop lantai..bab2 jadi pembunuh upahan ni, kirim salam..menengok je pun dah geli, eee..tak kuasa. oleh itu, kerja pembunuh upahan ni bagi mak dan kakak saya..

Esoknya, mula la keluar town cari jeans la, blouse la..serious blausnya takde la yang sesuai..mgkin tak explore kut. dapat le beli jeans selai. balik rumah, lepak je tak buat apa2 pun sebab singkat sgt masa. mak saya asyik la nak mengemas. Petang layan cerita NE. haha i heart aaron aziz..serious hensem..
 
Next day tu, kami keluar cari lunch..biasak la jumaat, gerai kat rumah tutup..dasar pemalas nak masak sendirik..kat kl pun malas masak..jgn harap kat kg pun namk masak..mencari la kat town. jumpak saru kedai ni kat stadium darul aman. tengok org tak ramai, ok ni..bole beli. saya ni mmg tak suka pi tempat org ramai2 ni..rimas..beli la segala mak nenek dari ayam goreng sampai la ke lincikang..lauknya ada la dalam 5 jenis kut..sekali makcik tu kira..rm41!...wtf#%^$?...dlm hati dah mencarut bagai2..kakak saya suruh kira balik..mmg betul harganya macam tu..mak ai..ikan kecik ibu jari ko kira rm3 sekor makcik oi..huii..mencekik darah..ini kalo kat kl, baru dalam rm20..padan la dgn muka saya..kedekut sgt ..dah kena bayar lunch mahal2..

Last day, melawat kubur ayah saya..wajib dilawati setiap kali balik kampung..arnd 9.30 mcm tu, kami bersiap balik kl..saya bawak dari alor star sampai ke bukit merah kut..anak sedara saya buat perangai sepanjang journey mngkin agaknya tahu nak balik kl. muka masing2 semua mendung je..samapi kl arnd 4.30 camtu..ada pulak perjumpaan ahli jemaah..tunggu kakak saya dtg..tgh2 layan borak, suami pulak call tanya kat mana, ckp baru sampai , dah tu ajak pulak pi tgk bapak sedara dia. alah, sebenarnya dia tak sabar nak jumpak bini dia ni, bg alasan nak pi hospital ;)

Balik rumah, suami bagi hadiah serprise..hehe..bukan hadiah tutt ya ;) dia kata hadiah sebab saya tianggal kan dia 3 hari.. LOL tu mcm perli.. apa2 pun mmg terkejut bagak. tak sangka la kan, dia memang pandai la buat serprise..i love u la..kena tinggai selalu ni..haha

Umrah Journey Part 2

Wah..ada sambungan lagi journey saya ni...Oklah saya sambung semula program hari kedua pulak..Sampai di hotel Safir Al Saha, azan subuh bergema..Jarak hotel dengan Masjid Nabawi lebih kurang 5 minutes walking distance. Problemnya hotel ni, lif tak banyak dan agak perlahan. Kami bertiga cadangnya nak naik simpan barang dulu lepas tu baru ke masjid, tapi memandangkan masa menunggu lif menjangkau 10 minit, niat tu dibatalkan. Lagipun badan rasa melekit, seharian travel.  Kami solat di bilik sahaja.


Masuk2 je bilik, terkejut le jugak sebab bilik tu ngam2 je utk 3 org namun begitu ada la ruang untuk sembahyang.  Lepas sembahyang, kami turun breakfast di cafe.  Makanannya ok la, memang menu Malaysia.

bergambar di depan hotel sebelum ke masjid

Program hari ini, mutawif akan bawa rombongan kami yang seramai 40 orang ni ke Masjid Nabawi.  Jemaah lelaki dibawa menziarahi Makam Rasulullah S.A.W, Makam Abu Bakar Al Siddiq, Makam Umar Al Khattab , Raudhah dan perkuburan Baqi’. Manakala jewaah wanita dibawa melawat sebelah malam. Masa ni takde gambar sebab tak bole bawa kamera.

Selepas tu, kami berpecah. Jemaah wanita ada yang balik ke bilik tapi saya ajak mak saya melawat kawasan masjid.  MasyaAllah besarnya masjid ni. Mengikut sejarah dan pembacaan saya dalam laman web Wikipedia, Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang dibangun oleh Rasulullah saw., setelah Masjid Quba yang didirikan dalam perjalanan hijrah baginda dari Mekkah ke Madinah. Masjid Nabawi dibangun sejak saat-saat pertama Rasulullah saw. tiba di Madinah, di tempat unta tunggangan Nabi saw. menghentikan perjalanannya.

Awalnya, masjid ini berukuran sekitar 50 m × 50 m, dengan tinggi atap sekitar 3,5 m asulullah saw. turut membangunnya dengan tangannya sendiri, bersama-sama dengan para shahabat dan kaum muslimin. Tembok di keempat sisi masjid ini terbuat dari batu bata dan tanah, sedangkan atapnya dari daun kurma dengan tiang-tiang penopangnya dari batang kurma. Sebagian atapnya dibiarkan terbuka begitu saja. Selama sembilan tahun pertama, masjid ini tanpa penerangan di malam hari. Hanya di waktu Isya, diadakan sedikit penerangan dengan membakar jerami.


Kemudian melekat pada salah satu sisi masjid, dibangun kediaman Nabi saw. Kediaman Nabi ini tidak seberapa besar dan tidak lebih mewah dari keadaan masjidnya, hanya tentu saja lebih tertutup. Selain itu ada pula bagian yang digunakan sebagai tempat orang-orang fakir-miskin yang tidak memiliki rumah.  Belakangan, orang-orang ini dikenal sebagai ahlussufah atau para penghuni teras masjid.


Setelah itu berkali-kali masjid ini direnovasi dan diperluas. Renovasi yang pertama dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab di tahun 17 H, dan yang kedua oleh Khalifah Utsman bin Affan di tahun 29 H. Di jaman modern, Raja Abdul Aziz dari Kerajaan Saudi Arabia meluaskan masjid ini menjadi 6.024 m² di tahun 1372 H. Perluasan ini kemudian dilanjutkan oleh penerusnya, Raja Fahd di tahun 1414 H, sehingga luas bangunan masjidnya hampir mencapai 100.000 m², ditambah dengan lantai atas yang mencapai luas 67.000 m² dan pelataran masjid yang dapat digunakan untuk salat seluas 135.000 m². Masjid Nabawi kini dapat menampung kira-kira 535.000 jemaah.

Makan Rasulullah SAW terletak di bawah kubah hijau ini

Kami balik ke hotel selepas itu.  Nak bersiap2 untuk ke menunaikan solat zuhur berjemaah. Mutawif dah berpesan hari ini hari Jumaat, jadi masjid akan penuh. Kami kena datang awal, selewat-lewatnya pukul 11.

Akan bersambung.......



Umrah Journey Part 1

Pegi umrah ni dah lama(Mac). Ni baru nak buat entry supaya tak lupa pengalaman indah di tanah haram.  Bertolak dari rumah ke KLIA arnd 12 since Tn. Hj. kata kena ada sana before 1pm.  Since mak saya ikut sekali, adik-beradik saya semua menghantar ke KLIA termasuk mak mentua saya.

bergambar kenangan di KLIA


gambar berdua mesti ada ;)
Flight naik MAS. Senang la sikit since dah biasa dgn MAS. Settle check in, pergi sembahyang kat surau KLIA. Mak ai..ramainya orang...semuanya yang semayang kat situ rasanya nak pegi umrah.  Alhamdulillah berjaya jugak squeeze in dan buat jamak takdim.  Flight bertolak jam 5.30 but dh kena masuk pkl 3.  After saying goodbyes, kami ber3 masuk balai berlepas...tgu flight 5.30 as promised.  Saru flight tu semua rombongan umrah. Ada yang dh pakai ihram sebab mereka akan ke mekah dulu sdgkan my group akan ke madinah dulu. 8 hours flight, we eat, sleep and ada yg recite Quran. Perasaan teruja dan gementar bercampur baur. Tak tau nak expect apa since kami ni first timer.

Sampai Jeddah airport dlm pkl 9pm waktu jeddah.  Letihnya ya amat.  Rupanya ujian bermula di sini. Berhadapan dgn imigresen Arab ni amatlah mencabarnya. We spend almost 2 hours kat sini. Hmm saya cuma banyak berdoa semoga Allah mudahkan urusan kami ini.  Lepas imigresen check, kami sembanhyang dulu jamak takhir.  Bas dah tunggu untuk perjalanan ke Madinah pulak which is will take another 8 hours lagi.  Dalam bas, mutawif bagi pengenalan sikit pasal perjalanan kami ni.  Sepanjang perjalanan, kami berdoa dan berzikir. Lama2 makin slow suara zikir ganti dgn suara berdengkur ;) ya lah..masing2 letih. 

Bas berhenti halfway kat RnR..bukan mcm RnR PLUS la, tapi ok la bole melepas lelah dan mengisi perut.  Kami dijamu dengan nasi arab. marvellous. nasi arab paling sedap pernah saya makan. Takkan jumpak di Malaysia. memang original rasanya.


bergambar depan restoran di RnR. tak ingat nama restorannya

Berenti dalam 30 minit pastu continue lagi journey ke Madinah. Bila mutawif announce dah masuk sempadan Madinah, hati rasa makin sayu.  Hajat menjejakkan kaki ke tanah yang pernah menjadi tempat tinggal Rasulullah SAW dan para sahabat baginda hampir tecapai akhirnya. 

Akhirnya sampai di Madinah menjelang subuh. Lagi beberapa minit nak azan. Subhanallah, bila mata terpandang sisi Masjid Nabawi, semua kami tergamam tak tahu nak cakap apa. Saya merasa amat teruja, dalam hati berasa bersyukur dan masih lagi tak sangka akhirnya saya sampai juga ke sini.  To be continued......

A Moment To Remember


I've just finished watching this korean movie titled A Moment To Remember.  What I must say, better than Winter Sonata ;) .  This movie was so touching.   The story is about couples met at a convenience store, fall in love and get married.  They live happily until one day she is diagnosed with alzheimer.  This is where the sad part begin. She couldn't manage herself and worst part is she didn't recognize him. Until one day, she ran away from home.  He tried to find her but she is nowhere to be found. Few months later, she sent him a letter.  With hope, he's trying to find her until finally he found her at the hospital where she's been treated. Unfortunately, she didn't recognize him.  He took her to the first place they met at the store.  The moment she enters, she looked at him and cry. She called his name and she asked him "is this heaven"?He nodded.  On the way to the hospital, he told her he loves her. End of the story.

I really cried for this story i'm drowning with tears...:) Ada satu scene tu when he didn't want to forgivr her mother, ada dialog this wife ni "forgiving it's just giving away just one plain room in your heart" memaafkan adalah memberi sedikit ruang pada rasa bencimu. lebih kurang la makna dia. very meningful.

Apa2 pun, hero nya amat hensem. yummy. walaupun serabai tapi tetap hensem. Hmm nak suruh husband saya workout biar badan dia jadi mcm mamat ni ;)

Ayah in memory (20/1/2004-20/1/2011)

**picture taken almost 15 yrs ago..was that me kat hujung tu?... ;)

Kalau ikut kalendar masehi, hari ini genap 7 tahun pemergian ayah saya ke rahmatullah. Jam 6.20 pagi 20 januari akan selama2nya dalam ingatan saya. Perasaan yang sama telah dirasai sepanjang 7 tahun ini bila tiba detik itu. Saya berharap supaya saya tidak akan melupakan perasaan dan detik itu sehingga akhir hayat saya.

Ayah saya sentiasa di dalam ingatan dan di dalam doa2 saya selagi nyawa dikandung badan. Doa saya agar rohnya dicucuri Allah swt dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Alfatihah.